SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH


SEKOLAH KEBANGSAAN GESIR TENGAH

SEJARAH SEKOLAH

Teletak dalam daerah Hulu Selangor di Negeri Selangor Darul Ehsan. Nama Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah  disesuaikan dengan nama di mana sekolah ini berada iaitu di Kampung Gesir Tengah.Sekolah mula beroperasi pada tahun 1968.Terletak di atas tapak seluas 19071 meter persegi ( 4 ekar 2 Rood) di tanah No.Lot 2874 Mukim Hulu Bernam.Sebelum adanya sekolah ini,penduduk kampung menghantar anak mereka bersekolah di sekolah berhampiran iaitu Sekolah Kebangsaan Sg.Selisek,Hulu Selangor.

Pada asalnya sekolah hanya mempunyai satu blok bangunan,kantin dan tandas.Pada 1978 sebuah lagi bangunan dibina atas pertambahan murid.Pada 1999  atas sumbangan YAB Menteri Besar Selangor ketika itu,sebuah lagi bangunan telah dibina menjadikan kesemuanya tiga blok bangunan.Semua pertambahan kemudahan fizikal ini adalah atas keperluan pertambahan murid.

Mengikut arus perkembangan keperluan semasa,pada masa ini terdapat tiga blok bangunan sekolah yang menempatkan bilik-bilik darjah,bilik sains,bilik operasi buku teks,pusat sumber dan bilik kemahiran hidup disamping sebuah bangunan surau sekolah , bangunan balai ilmu,pondok pengawal dan sebuah bangunan pra sekolah yang siap pembinaannya pada akhir tahun 2007.

Pada tahun 2008 kelas pra sekolah telah dibuka untuk kanak-kanak berusia 5 tahun dan 6 tahun.  Pada akhir September 2009 telah dimulakan pembinaan sebuah bangunan tiga tingkat dan sebuah bangunan pentadbiran.Bangunan ini  digunakan pada April  2011.

No comments:

Post a Comment